jobs from my.neuvoo.com

06 Mac, 2015

Pelakon popular ditahan miliki dadah, pistol

Gambar hiasan
Kuala Lumpur: Seorang pelakon lelaki berusia 37 tahun ditahan bersama seorang wanita dan seorang lagi rakan lelaki dalam bilik hotel di Jalan Yap Ah Shak, di sini, 9.30 malam tadi selepas dipercayai terbabit dalam penyalahgunaan dan memiliki dadah.

Pelakon terbabit sebelum ini turut pernah ditahan atas kesalahan sama sekitar 2010 selain turut ditahan bagi membantu siasatan penemuan makmal memproses dan membungkus dadah di Kepong.

Bagaimanapun, dia mengaku tidak bersalah sebelum dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Majistret.

Menurut sumber, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kuala Lumpur yang menerima maklumat berhubung kejadian itu bertindak menyerbu hotel terbabit sebelum menahan pelakon itu bersama rakannya.

€œPemeriksaan lanjut turut menemui sepucuk pistol angin yang mengandungi peluru bebola besi.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/35093#sthash.nklZOY5f.dpuf


EmoticonEmoticon