jobs from my.neuvoo.com

30 Mac, 2015

Pelawak popular minta gambar bogel, video call

Seorang wanita yang mahu dikenali sebagai Sasha tampil mendedahkan perilaku sebenar seorang pelawak popular yang dikatakan galak bermain cinta dengan ramai wanita.

Menurut laporan Berita Harian online, wanita itu menegaskan dirinya tampil bagi memastikan tiada lagi perempuan yang terpedaya dengan tipu helah lelaki berkenaan.

Katanya, dia tidak membuat tuduhan melulu sebaliknya berani tampil membuat pengakuan berdasarkan bukti yang dimiliki. Helah yang digunakan sama saja iaitu dengan meminta gambar bogel serta mahu berborak secara 'video call'.

Sasha menegaskan bukan dirinya sahaja yang diperdaya serta ditipu oleh lelaki itu. Tetapi pelawak itu pernah cuba mengurat kawan-kawannya yang lain.

"Beliau pandai berdrama membuat muka sedih meminta simpati dengan pelbagai kenyataan yang dibuat olehnya. Namun saya percaya sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga," katanya.

Wanita itu juga mengakui sudah jelak dengan perangai pelawak itu yang semakin besar kepala serta berasakan dirinya begitu hebat dan boleh terlepas dengan segala skandal yang dilakukannya.


EmoticonEmoticon