jobs from my.neuvoo.com

24 Mac, 2015

Rupanya dicekup atas ranjang

Selepas membaca atikel tentang kenyataan pelakon Putri Mardiana atau Nina dalam akhbar tempatan juga di televisyen baru-baru ini dan merasakan semua kenyataan itu palsu, akhirnya isteri kepada Ejump iaitu Nor Hasni membuat penjelasan panjang lebar di akaun Facebook miliknya.

Menerusi laman Facebook miliknya, Nor Hasni mendakwa kenyataan yang dikeluarkan Nina adalah sangat tidak tepat.

Pada masa sama, Nina dikatakan turut menjatuhkan maruahnya selaku isteri yang masih sah buat Ejump meskipun kini dalam proses penceraian.

Malah, Nor Hasni kali ini juga menggunakan peluang untuk mempertahankan dirinya dengan membongkarkan bahawa Nina dan Ejump ditangkap khalwat kali kedua di atas katil di dalam bilik tidurnya.

Lebih teruk lagi, selepas tangkapan pertama dilakukan, Nina dan Ejump terus tinggal bersama seperti pasangan suami isteri.


EmoticonEmoticon