jobs from my.neuvoo.com

12 Mac, 2015

Sadis… Remaja Rogol Wanita 87 Tahun!

California – Bayangkan dua remaja ini baru berusia 15 dan 14 tahun namun mereka telah melakukan jenayah yang amat mengejutkan serta disifatkan oleh pendakwaraya sebagai yang terburuk pernah dikendalikan.

Ruben Jose Melanson dan Raymond Michael Miranda, yang masing-masing berusia 15 dan 14 tahun itu sanggup menyerang serta merogol seorang wanita warga emas berusia 87 tahun.

Lebih kejam, Ruben dan Raymond turut mendera dan mencurahkan dua botol peluntur ke atas badan serta leher warga emas itu.

Dalam kejadian pada April tahun lepas, remaja terbabit telah memecah masuk ke dalam sebuah kompleks warga emas ketika mangsa sedang tidur.

Kedua-duanya kemudian mengikat wanita tua terbabit lalu melakukan perbuatan terkutuk berkenaan.

Mangsa berjaya menekan loceng dan dia diselamatkan oleh pasukan paramedik yang terpaksa menggunakan kaedah CPR ke atasnya.

Ketika mangsa hadir di mahkamah bagi memberikan keterangan, dia terpaksa menggunakan kerusi roda.

“Saya mahu mereka melihat saya. Saya mahu mereka mengingati saya kerana mereka sudah memecah masuk ke dalam pangsapuri saya dan merampas kebebasan saya.

“Anda telah melakukan perbuatan keji,” katanya kepada remaja terbabit.

Ruben kemudiannya meminta maaf kepada mangsa kerana memecah masuk dan merogolnya.

Kedua-duanya kemudian telah dihukum penjara selama 30 tahun.

mynewshub.cc

Mereka akan dihantar ke penjara juvana sehingga usia 18 tahun sebelum dipindahkan ke penjara dewasa bagi menjalani baki hukuman.- MYNEWSHUB.CC


EmoticonEmoticon