jobs from my.neuvoo.com

03 Mac, 2015

'Saya adalah seorang patriot negara' - Lim Kit Siang

KUALA LUMPUR – Penasihat DAP, Lim Kit Siang menganggap dirinya sebagai patriot Malaysia kerana berani menyerahkan jiwa raga untuk memperbaiki negara ini.

Kit Siang membuat dakwaan itu atas alasan, beliau dan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak melarikan diri ke luar negara apabila mengetahui akan dipenjarakan oleh pihak berkuasa.

“Kenapa saya pulang ke Semenanjung Malaysia pada 1969 untuk berhadapan penahanan Akta ISA? Kenapa Anwar tidak menerima nasihat teman-teman antarabangsanya dan melarikan diri daripada negara ini?

“Ini kerana kami adalah patriot Malaysia yang menyerahkan jiwa raga kepada usaha memperbaiki negara supaya anak cucu kami boleh berbangga menjadi warganegara sebuah negara yang mempunyai keadilan, kebebasan, maruah dan urustadbir yang baik,” dakwanya dalam satu kenyataan, pada Isnin.

Kit Siang mendakwa, walaupun Anwar telah tewas dalam mahkamah Malaysia, namun beliau masih menang di`mahkamah rakyat’ dan `mahkamah pendapat antarabangsa’.

Justeru, beliau meminta rakyat Malaysia menyokong kempen SSS iaitu Selamatkan Anwar, Selamatkan Pakatan Rakyat dan Selamatkan Malaysia Anwar.

Anwar yang merupakan Ketua Pembangkang dan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) kini seedang jalani hukuman penjara lima tahun kerana kesalahan meliwat.

- MYNEWSHUB.CC


EmoticonEmoticon