jobs from my.neuvoo.com

10 Mac, 2015

'Saya bebas bercoli, tak perlu minta izin sesiapa' - Diana Danielle

Kuala Lumpur: Pelakon Diana Danielle bertindak mengunci mulut berhubung kontroversi gambarnya memakai coli dan membalut badan dengan bendera Amerika Syarikat dalam sesi fotografi sebuah majalah gaya hidup berbahasa Inggeris keluaran Mac.

Diana atau Diana Danielle Danny Beeson, 24, yang cuba dihubungi tidak memberikan sebarang respons bagi mendapatkan penjelasannya mengenai gambar berkenaan.

Bagaimanapun, Diana menerusi status di Instagram semalam berkata, kebebasan untuk menjadi diri sendiri tidak memerlukan keizinan mana-mana pihak.

Kenyataan itu sekali gus mencetuskan tanda tanya seolah-olah Diana mahu mempertahankan dirinya berhubung gambar berkenaan.

3 comments

ini message untuk laki dia kot??... jgn2 tengah dok proses nak bercerai pulak dah la tu....

Diana ni bukan islam kan. Lao islam mustahil cmni kan...


EmoticonEmoticon