jobs from my.neuvoo.com

26 Mac, 2015

Terserempak aksi 'projek' suami dengan wanita lain dalam bilik tidur sendiri

Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Luluh hati seorang isteri sebaik melihat suaminya bermadu kasih bersama teman wanita di dalam bilik tidur di kediaman mereka.

Dalam kejadian jam 1 petang kelmarin, wanita berusia 33 tahun itu dikatakan pulang mengejut ke rumahnya di Putrajaya, di sini.

Sumber berkata, wanita itu yang masuk ke dalam bilik tidur bagaimanapun terkejut apabila mendapati suaminya berusia 30-an berlaku curang bersama wanita lain.

“Akibatnya berlaku pertengkaran antara mangsa dengan wanita terbabit sebelum suaminya masuk campur dan mengarahkan ‘kekasih gelapnya’ beredar.

“Wanita itu yang dimarahi suaminya keluar dari kediaman sebelum pulang ke rumah ibu mentuanya di kawasan berhampiran,” katanya.

Bagaimanapun suami mangsa turut datang ke rumah ibunya menyebabkan berlaku satu lagi pertengkaran susulan.

“Suspek mengambil sebatang kayu dan cuba memukul isterinya. Bagaimanapun tindakan ganas itu sempat dihalang ibunya.

“Lelaki itu beredar meninggalkan rumah berkenaan. Mangsa yang bimbang keselamatan dirinya tampil membuat laporan di Balai Polis Presint 7 untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

- Harian Metro

1 comments so far

Malang isteri yang setia dicurangi begitu..


EmoticonEmoticon