jobs from my.neuvoo.com

04 Mac, 2015

Tuduh sebar riwayat palsu, Dr Maza 'halang' Ustaz Kazim jadi ahli panel Forum Perdana

Tersebar di laman sosial sekeping surat dalaman Jabatan Mufti Negeri Perlis yang menyatakan bahawa pihak JMNP tidak bersetuju Datuk Kazim Elias dipilih sebagai panel bagi Forum Perdana Ehwal Islam, dimana surat itu ditandatangani oleh Mufti Perlis, Dr Mohd Asri atau lebih dikenali dengan nama Dr. Maza.

Forum Perdana Ehwal Islam itu dianjurkan bersempena dengan hari keputeraan DYMM Tuanku Raja Perlis Ke-72 dan ulang tahun ke-69 RTM.

Difahamkan, pemilihan Datuk Kazim Elias itu dibuat oleh YB Senator Tuan Mohd Khalid bin Ahmad.

Dr Maza menyatakan pendiriannya yang tidak bersetuju dengan pemilihan senator berkenaan kerana Datuk Kazim Elias didakwa sering terlibat dengan pembacaan riwayat-riwayat palsu.

Surat yang tersebar di laman sosial itu mengundang pelbagai reaksi negatif dari netizen yang menganggap perkara itu tidak sepatutnya berlaku.
Menyedari gambar surat itu tersebar, ini jawapan Dr. Maza;

"Ada pihak menyebarkan surat rasmi dalaman Jabatan Mufti Perlis ke pihak pengurusan satu forum sempena Keputeraan DYMM Raja Perlis yang Jabatan Mufti merupakan pihak yang terlibat sama dalam penganjuran.

"Surat tersebut tidak menyatakan Jabatan Mufti tidak bersetuju pemilihan panel tertentu atas alasan riwayat-riwayat palsu yang pernah disebarkan. Ini selaras dengan kehendak ilmuan dan masyarakat sendiri untuk memastikan kesahihan riwayat.

"Surat itu TIDAK menyebut penceramah berkenaan dihalang berceramah di Perlis tetapi menyatakan tidak bersetuju untuk menjadi panel forum berkenaan yang bersempena Keputeraan DYMM Raja Perlis.

"Ia adalah surat dalaman pentadbiran yang Jabatan Mufti merupakan JK Penganjur. Maka penyebarannya tidak sepatutnya berlaku.

"Oleh kerana surat itu telah tersebar dan ramai bertanya bukti, maka di sini disertakan satu salinan muka surat buku pihak berkenaan," kata Dr Maza melalui Facebook rasminya.

Sumber: The Hypemedia


EmoticonEmoticon