jobs from my.neuvoo.com

13 April, 2015

AC Mizal nekad tinggalkan Astro?

Cerita yang kini bertiup kencang mengatakan pengacara Maharaja Lawak Mega, Datuk AC Mizal akan meninggalkan Astro.

Cik Pang sebelum ini pernah juga mendengar perkara sama tetapi apabila ditanya sendiri kepada tuan punya badan, dia menafikannya.

Namun, kali ini Cik Pang difahamkan, keputusan AC kali ini memang betul-betul dan muktamad memandangkan kontraknya sebagai artis eksklusif stesen televisyen berbayar itu akan berakhir pertengahan tahun ini.

Sumber yang menyampaikan cerita ini kepada Cik Pang bagaimanapun menafikan keputusan bakal diambil AC ada kaitan dengan khabar angin kononnya dia tidak berpuas hati dengan syarikat pengurusannya yang melebihkan bintang lain yang turut bernaung di bawah syarikat pengurusan sama.

Cerita mengatakan wujud perselisihan faham di antara AC dan pihak pengurusan dan juga artis lain yang bernaung di bawah pengurusan Astro juga tidak benar.

Keputusan terbabit dibuat berkait rapat dengan keputusannya mengusahakan stesen TV dan radio atas talian PeaceY’all FM yang sudah memulakan operasinya.

Kata sumber itu lagi, mengikut kontrak ditetapkan Astro, sebagai artis eksklusif, AC tidak boleh mengacara di mana-mana stesen TV. Perkara itu membuatkan dia tidak boleh muncul dalam stesen TV dan radio ditubuhkan.

Apabila memikirkan perkara itu, AC membuat pengorbanan paling besar dalam kerjaya seni­nya demi memastikan apa diusahakan dapat dijayakan dengan baik.

Apabila AC menggunakan pengaruh dan populariti dimiliki untuk muncul dalam stesen TV dan radio sendiri, ia akan membawa lebih banyak kebaikan dan pastinya secara tidak langsung membantu perkembangan PeaceY’all FM.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/43200#sthash.R16TPGjP.dpuf

1 comments so far

WOW !!!
This Is What You Really Want !!
>>> CLICK HERE !!<<<


EmoticonEmoticon