jobs from my.neuvoo.com

07 April, 2015

Adik pelakon popular rogol anak saudara

SHAH ALAM: Adik kepada pelakon popular era 80-an didakwa di Mahkamah Seksyen pada Selasa atas dua tuduhan merogol anak saudaranya, tiga tahun lalu.

Mangsa yang kini berumur 15 tahun merupakan anak kandung kepada pelakon berkenaan.

Tertuduh , seorang jurulatih penerbangan yang berumur 54 tahun tidak mengaku salah dan minta dibicarakan.

Hakim Rozana Ayob memerintahkan tertuduh diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin dan menyerahkan passport antarabangsa kepada mahkamah.

Mahkamah juga akan menyerahkan notis kepada pihak Imigresen untuk tidak membenarkan tertuduh ke luar negara berkuatkuasa serta-merta.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu pada 2012 ketika mangsa berumur 11 tahun dan sekali lagi pada 2014 ketika mangsa berumur 13 tahun.

Dia didakwa mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak lebih 30 tahun dan tidak lebih 10 sebatan.

Kes itu akan disebut semula pada 7 Mei 2015.

- FMT


EmoticonEmoticon