jobs from my.neuvoo.com

14 April, 2015

Bangla 'korek' kemaluan wanita, rakan sekerja

Gambar hiasan
Segamat: Perbuatan kurang ajar seorang lelaki Bangladesh mencabul kehormatan rakan sekerjanya menggunakan kaki di sebuah kilang kain di sini, semalam, mengundang pada apabila dia ditahan polis.

Lelaki berusia 33 tahun itu ditahan tidak sampai setengah jam selepas mangsa berusia 30 tahun membuat laporan polis jam 12 tengah hari semalam.

Ketua Polis Daerah Segamat Superintendan Mohd Kamil Sukarmi berkata, wanita warga tempatan yang masih bujang itu mendakwa suspek mencabul bahagian sulitnya dari belakang menggunakan kaki jam 10.45 pagi.

Katanya, kejadian berlaku ketika dia membongkok menulis dokumen pesanan pelanggan di atas meja apabila berasa alat sulitnya disentuh seseorang dari belakang.

“Mangsa terkejut melihat ibu jari kaki berada di celah kangkangnya lalu menoleh dan melihat suspek tersenyum kepadanya,” katanya.

Menurutnya, kejadian semalam bukan yang pertama dilakukan suspek terhadap wanita itu kerana mangsa mendakwa sebelum ini dia pernah diperlakukan demikian di tempat kerjanya.

“Mangsa mendakwa sebelum ini lelaki itu menyentuh kemaluannya dengan kaki kerana meja tempat mereka menjahit pakaian berada bertentangan.

“Namun mangsa tidak bertindak kerana menyangka rakan sekejarnya itu tidak sengaja tetapi selepas berulang, dia tidak teragak-agak membuat laporan polis kerana yakin suspek melakukan gangguan seksual terhadapnya,” katanya.

Mohd Kamil berkata, susulan daripada laporan yang dibuat mangsa, beberapa anggota polis ke tempat kerja suspek dan menahannya untuk siasatan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul kehormatan.

“Suspek kini direman empat hari dan dihadapkan ke mahkamah sebaik siasatan lengkap dijalankan,” katanya.

Mohd Kamil menasihatkan wanita yang menerima gangguan seksual di tempat kerja tidak takut atau malu untuk tampil membuat laporan.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/43445#sthash.2rXX49Et.dpuf


EmoticonEmoticon