jobs from my.neuvoo.com

14 April, 2015

Curi air mani

Le Roy (Amerika Syarikat): Air mani dan embrio lembu berharga AS$70,000 (RM257,000) dicuri dari sebuah ladang ternak di Minnesota, kelmarin.

Pemilik ladang Daniel Weness berkata, dia mengambil air mani dan embrio itu dari lembu yang diternaknya.

Bekas untuk menyimpan air mani dan embrio itu saja bernilai AS$500 (RM1,800).

“Memang ada pasaran untuk air mani dan embrio itu. Ramai penternak membelinya daripada Weness kerana mereka tidak perlu mengangkut lembu betina masing-masing untuk dikawankan dengan lembunya.

“Mereka perlu membelinya dan melakukan permanian beradas terhadap lembu mereka,” kata syerif Mower County Mark May.

Dia percaya pencuri terbabit menjual air mani dan embrio itu kepada penternak lain.

“Ramai orang bersedia membelanjakan wang yang banyak untuk mendapatkannya,” kata May.

Wennes memiliki 80 lembu di ladangnya dan setakat ini, dia tidak dapat mengesyaki pencuri berkenaan. - Agensi

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/43380#sthash.Gm6lN847.dpuf


EmoticonEmoticon