jobs from my.neuvoo.com

12 April, 2015

Dewan Negara digesa jangan lulus gaji baru MP

Seorang pemimpin MCA menggesa Dewan Negara supaya tidak meluluskan kenaikan gaji MP yang diluluskan Parlimen minggu ini kerana ia akan menjadi beban kepada kewangan negara.

Dalam surat rayuan kepada Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang yang akan dihantar pada hari Isnin, ahli jawatankuasa pusat MCA, Datuk Lua Choon Han menggesa Dewan Negara melewatkan kelulusan Rang Undang-Undang 2014 Parlimen (Saraan) (Pindaan) ekoran keadaan ekonomi sekarang.

"Antara sebab-sebab rayuan ini ialah kerana (kenaikan gaji itu) akan melibatkan peruntukan besar dana kerajaan dan akan menjadi beban dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu di negara ini dan di seluruh dunia.

"Selain itu, isu-isu berkaitan dengan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), harga minyak mentah yang rendah, juga telah menyebabkan pendapatan negara menjadi tidak menentu.

"Oleh itu, kami merayu kepada para senator bahawa sekarang bukan masa yang sesuai untuk menaikkan gaji dan elaun ahli Parlimen," kata Lua.

Parlimen meluluskan rang undang-undng itu pada awal pagi pagi Jumaat lulus, yang memberi kenaikan gaji kira-kira RM9,500.


EmoticonEmoticon