jobs from my.neuvoo.com

16 April, 2015

Dibelasah selepas lapor aksi bercumbu senior kepada cikgu

PERGADUHAN sekumpulan pelajar perempuan yang dirakam menggunakan telefon bimbit yang kini menjadi viral di laman sesawang.
Penampang: Akibat tindakannya melaporkan aksi bercumbu pasangan pelajar senior kepada gurunya, seorang pelajar perempuan tingkatan satu dibelasah sebelum perbuatan itu dirakam pelajar lain sehingga menjadi viral di laman sesawang termasuk disebarkan melalui aplikasi sosial di negeri ini.

Kejadian itu dipercayai berlaku kira-kira jam 3.30 petang 1 April lalu di luar pekarangan sebuah sekolah menengah di Penampang.

Video berdurasikan 49 saat itu dirakam menggunakan telefon bimbit seorang pelajar sebelum disebarkan.

Pemangku Ketua Polis Daerah Penampang Deputi Superitendan Azmir Abd Razak berkata, susulan penyebaran rakaman video selain laporan dibuat ibu bapa mangsa, polis sudah menahan empat pelajar kira-kira jam 2 petang, kelmarin, bagi membantu siasatan.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/44042#sthash.MsUEwk3Z.dpuf


EmoticonEmoticon