jobs from my.neuvoo.com

02 April, 2015

Foto berpelukan erat disalah erti

SUDAH menjadi lumrah seorang artis, apa sahaja yang dilakukan pasti akan dinilai dan diperhatikan peminat hiburan.

Begitu jugalah yang berlaku kepada penyanyi terkenal Shila Amzah apabila gambarnya berpelukan bersama seorang jejaka disalah tafsir oleh para peminat.

Apatah lagi, pelantun Patah Seribu ini sudah lama berhijrah mengenakan hijab.

Gambar yang diiringi kapsyen “My date for tonight…” tersebut membuatkan Shila dikritik dan diajukan soalan sinis antaranya, “Dah kahwin ke belum ni??”

Apa yang kelakar, lelaki yang dipeluk Shila itu sebenarnya adalah adik kandungnya sendiri!

Hm, inilah jadinya bila ramai sangat ustaz dan ustazah di laman sosial yang kerjanya hendak berceramah tanpa usul periksa.

Sedangkan kalau mereka tak terburu-buru, pada kapsyen gambar tersebut terang-terangan Shila memaklumkan nama lelaki itu iaitu @syahiramzah turut membawa nama ayah yang serupa dengannya.

Kepada para keyboard warrior cukup-cukuplah bermain serkap jarang dan menuduh orang lain. Kan dah malu..

- MYNEWSHUB.CC

1 comments so far


EmoticonEmoticon