jobs from my.neuvoo.com

12 April, 2015

Imam Tegur Johan, Ozlyn Isu Bercium Depan Khalayak

Masih lagi cerita berkisarkan mengenai tindakan Johan mencium isterinya, Ozlynn Watie di khalayak umum sewaktu diumumkan sebagai pemenang anugerah baru-baru ini, mendapat teguran daripada Imam Masjid Bukit Aman, Ustaz Hassan Al Fadhli Abd Rahman.

Menurut Ustaz Hassan, secara asasnya hukum suami mencium isterinya tidak menjadi kesalahan namun perbuatan tersebut haruslah disembunyikan daripada pengetahuan umum kerana terdapat segelintir penonton dalam acara tersebut yang belum berkahwin.

“Kita juga harus menutup fitnah yang akan disebarkan oleh orang ramai kerana bukan semua orang tahu wanita itu (Ozlynn) adalah isteri Johan”

“Contohnya sewaktu di rumah, isteri boleh mempamerkan auratnya kepada suami kerana pada waktu itu tidak ada orang lain selain suaminya. Namun sewaktu di luar rumah, isteri harus menutup auratnya agar tidak dilihat oleh orang lain”

“Begitu juga, cium di rumah boleh kerana tidak ada orang lain, tetapi depan orang ramai tidak boleh walaupun cium itu halal bagi suami dan isteri,” jelasnya.

Sementara itu sebelum ini, Ozlynn juga mengeluarkan kenyataan apabila perbuatan mereka dicemuh sedangkan pasangan selebriti lain yang masih tidak ada hubungan yang sah dibiarkan bebas bergaul dan tidak ditegur pula. (rtky/s)


EmoticonEmoticon