jobs from my.neuvoo.com

15 April, 2015

Isyarat mata jaja tubuh untuk seks

PELACUR kaki lima kedai menunggu pelanggan.
Kuala Lumpur: Penampilan persis jurujual kedai baju dan gemar memberi isyarat mata. Itu antara taktik digunakan kumpulan pelacur ‘bergerak’ yang bergiat aktif di sekitar Jalan Petaling di sini.

Tinjauan wartawan Harian Metro mendapati kumpulan pelacur warga China ini akan berpeleseran di hadapan deretan kedai pakaian dengan membawa beg kecil.

Kumpulan wanita berusia lingkungan 30-an hingga 40-an itu akan menyapa pelanggan lelaki yang masuk atau melalui hadapan premis pakaian dengan menawarkan khidmat seks.

Salah seorang pemilik premis yang hanya mahu dikenali sebagai Wong, 48, berkata, pelacur warga China itu akan dilihat muncul sekitar jam 11 pagi hingga 5 petang setiap hari.

Menurutnya, wanita warga asing terbabit tidak ‘dibela’ oleh sindiket pelacuran tempatan sebaliknya bergerak bersendirian mencari pelanggan.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/43654#sthash.jIwjWoMY.dpuf


EmoticonEmoticon