jobs from my.neuvoo.com

16 April, 2015

Larikan Buku Cek: Vanidah Disingkir, Shidi Tarik Diri

Kemelut Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) terlerai apabila bendaharinya, Vanidah Imran dilucutkan jawatannya selepas melarikan buku cek.

Memetik laporan mStar online, Presidennya Zed Zaidi berkata, keputusan itu dibuat selepas mesyuarat jawatankuasa yang bersidang pada Mac lalu berjaya mendapat undi majoriti daripada Ahli Jawatankuasa untuk menyingkirkan Vanidah daripada memegang jawatan berkenaan.

"Pelucutan tersebut dibuat atas sebab dia (Vanidah) tidak mendengar arahan jawatankuasa agar menyelesaikan bil tertunggak, gaji pekerja, bayaran sewaan dan lain-lain sekali gus meyukarkan pentadbiran Seniman.

"Dan jawatan tersebut kini diambil alih oleh pelakon Zarina (Raja Lawak)," katanya.

Konflik yang berlaku dalam AJK Seniman bermula apabila Vanidah 'melarikan' buku cek persatuan tersebut dan tidak memberi kerjasama kepada persatuan ketika diminta untuk mengeluarkan wang bagi menjalankan operasi serta membayar gaji pekerja.

Perbuatan Vanidah itu memaksa Zed Zaidi membuat laporan di Balai Polis Taman Melawati pada 19 Disember 2014.

Keadaan bertambah rumit apabila pada awal Januari lalu, enam AJK baharu iaitu Rashidi Ishak (Pengerusi Biro Sukan & Sosial), Datin Sofia Jane (Pengerusi Biro Pelakon), Khir Rahman (Pengerusi Biro Pendidikan Seni & Latihan), Arash Mohd (Pengerusi Biro Pemantauan & Penguatkuasaan), Sharifah Amani (Ketua Biro Seniman Muda) dan Lisa Surihani (Pengerusi Biro Sukarelawan & Penajaan) mengeluarkan kenyataan media mempertahankan tindakan Vanidah yang menyimpan buku cek itu.

Zed juga memberitahu suami Vanidah iaitu Rashidi Ishak (Shidi) turut menarik diri sebagai Pengerusi Biro Sukan & Sosial secara lisan dan masih belum menyerahkan surat peletakan jawatan tersebut.

sumber : mStar online



EmoticonEmoticon