jobs from my.neuvoo.com

11 April, 2015

Mengapa foto dua wanita bercumbu di stesen keretapi ini tersebar?

SATU gambar mampu memberi seribu pengertian.

Dalam satu gambar yang kini menjadi viral, aksi dua wanita ‘bermesra’ di khalayak ramai kini telah menjadi viral.

Puncanya, kebanyakan individu yang mula-mula melihat gambar tersebut pasti akan memfokuskan kepada aksi dua wanita berkenaan.

Ianya berbeza dengan perspektif lelaki yang memuat naik gambar tersebut, Nelson Felippe.


Menerusi status Facebook Nelson memuatnaik gambar ini beserta point berbunyi:

“Saya bukan seorang prejudis. Saya rasa manusia bebas melakukan apa sahaja yang mereka mahu, tetapi menjadi saksi kepada perkara sebegini sangat tidak masuk akal.

Apa yang manusia lakukan dalam kehidupan peribadi mereka itu adalah hal mereka namun apa yang mereka lakukan di tempat awam membimbangkan saya.

Saya tidak mahu katakan ini satu perkara biasa, ianya bahaya, bagaimana sekiranya berlaku kemalangan atau lebih teruk berlaku kematian? Siapa perlu dipersalahkan?

Apa yang akan berlaku jika kanak-kanak melihat perkara sebegini? Mereka akan berpendapat ini adalah perkara normal untuk berdiri melebihi garisan kuning ketika menunggu kereta api.

Jadi jangan jadi seperti lelaki itu. Contohilah wanita tersebut.”


Bikin suspen je kan? Rupanya Nelson memuatnaik gambar ini untuk menegur perbuatan lelaki yang melakukan perkara berbahaya di stesen keretapi dan bukannya menegur perlakuan dua wanita yang selamba bercumbu itu.

Kelainan pendapatnya nyata telah menarik perhatian orang ramai hingga menyebabkan gambar itu menjadi viral.

Memang bijak cara Nelson menilai sesuatu kerana dia tidak bertindak melulu dan cuba menjadi positif.

Tapi dari sudut moral seharusnya kita menilai bahawa kedua-dua perbuatan yang diperkatakan dalam gambar ini tetap salah okey!

– MYNEWSHUB.CC


EmoticonEmoticon