jobs from my.neuvoo.com

18 April, 2015

Pelakon Filem Hantu Kak Limah Meninggal Dunia

Pelakon yang pernah membintangi filem Hantu Kak Limah, Azwan Annuar telah kembali ke rahmatullah kira-kira jam 10.15 pagi tadi akibat sakit belakang.

Menurut sahabatnya yang dikenali sebagai Hafiq, Allahyarham mengalami sakit belakang sejak beberapa hari lalu.

Jenazah akan diuruskan di Masjid Al-Faizin Kuala Lumpur selepas Zohor.

Selain sebagai pelakon, allahyarham merupakan seorang penulis skrip juga pengawai perhubungan awam dan cukup dikenali dalam kalangan artis tempatan dan teman-teman media.

Menerusi filem Hantu Kak Limah Balik Rumah, allayharham sinonim dengan tagline "sabor aje lah".

Semoga roh allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang beriman. Amin.

- mD


EmoticonEmoticon