jobs from my.neuvoo.com

15 April, 2015

Pesta menunggang zakar...

JEPUN: Ia mungkin kelihatan lucah tetapi ini adalah satu pesta kebudayaan yang cukup unik yang disambut masyarakat Jepun sejak 40 tahun lalu.

Dikenali sebagai Festival Zakar Gergasi, ia diadakan setiap musim bunga di mana pelbagai bentuk dan saiz zakar di bawa berarak sekitar bandar Kawasaki.

Lebih menarik, festival tersebut kini mula menjadi tarikan pelancong untuk turut menyertai perarakan zakar gergasi tersebut.

Mengikut laporan Dailystar.co.uk, festival tersebut disambut bagi memberi peluang kepada para peserta khususnya penduduk sekitar untuk berdoa mendapatkan kesuburan, mudah untuk mendapat zuriat dan melindungi daripada jangkitan kelamin.

Malah, apa yang menjadi tarikan juga adalah peserta yang hadir berpusu-pusu ‘menunggang’ zakar kayu gergasi disamping meminta kepada Tuhan untuk mendapat keberkatan.

Dalam perkembangan sama, sambutan festival itu pada tahun ini menyaksikan tiga alat sulit dijulang di sepanjang jalan tersebut.

Antara tiga alat sulit tersebut adalah Kanamara Bot Mikoshi yang berwarna hitam dan panjang; Elizabeth Mikoshi berwarna merah jambu: dan Kanamara Big Mikoshi yang diperbuat daripada kayu.

Bagi menambahkan lagi kemeriahan, festival tersebut turut diserikan dengan persembahan muzik dan juga gula-gula berbentuk zakar.

- mD


EmoticonEmoticon