jobs from my.neuvoo.com

24 April, 2015

PRK Pmtg Pauh: PAS putus kerjasama dengan Mat Sabu

Permatang Pauh: PAS Permatang Pauh bertindak memutuskan kerjasama dengan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang Mohamad Sabu dan timbalannya Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa, sebaliknya hanya akur keputusan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengenai soal kerjasama dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh.

Yang Dipertuanya, Omar Hassan berkata, mereka masih mengekalkan keputusan Mesyuarat Agung PAS Permatang Pauh sebelum ini yang mendesak PKR meminta maaf dan menarik balik kenyataan berhubung hudud.

Beliau berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Dewan Pemuda PAS (DPP) serta Dewan Muslimat PAS Pulau Pinang yang menyokong usul mereka menuntut PKR meminta maaf dan menolak kerjasama dengan Mat Sabu dan Mujahid.

“Buat apa kita nak dengar kata Mujahid? PAS Bukit Gelugor pun hanya ditubuhkan untuk memberi laluan kepada dia untuk menjadi Yang Dipertua kawasan berkenaan.

“Kami hanya akan mendengar nasihat daripada Presiden PAS, DPP negeri dan Dewan Muslimat negeri kerana mereka faham isi hati akar umbi,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Pemilihan Ahli Jawatankuasa PAS Permatang Pauh, di sini, malam kelmarin.

Omar berkata, dia kecewa dengan kenyataan pimpinan PKR sebelum ini mendakwa isu hudud tidak perlu timbul dan tidak perlu diperbesarkan berbanding isu Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Beliau berkata, PAS bukan hanya memperjuangkan hudud kepada penduduk Permatang Pauh dan pada PRK kali ini semata-mata, sebaliknya hukum itu diperjuangkan mereka sejak dahulu lagi.


EmoticonEmoticon