jobs from my.neuvoo.com

09 April, 2015

Rumah 'dihurung' ramai lelaki

Johor Bahru: Sebuah rumah didiami sekumpulan wanita warga asing di Taman Sutera Utama, Skudai di sini, yang mendatangkan rasa tidak selesa kepada penduduk sekitar berikutan kehadiran ramai lelaki tidak dikenali diserbu Jabatan Imigresen Johor, kelmarin.

Hasil pemeriksaan pada jam 11 pagi yang diketuai Timbalan Penolong Pengarah Jabatan Imigresen negeri Rasidin Rahmat, lapan wanita Thailand dan seorang wanita warga Laos ditahan selepas disyaki melakukan kesalahan mengikut Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

Beliau berkata, pihaknya membuat pemeriksaan itu selepas menerima banyak aduan daripada penduduk sekitar mengenai kegiatan mencurigakan membabitkan wanita warga asing yang tinggal di rumah berkenaan.

Menurutnya, siasatan awal pihaknya mendapati wanita berkenaan bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) di pusat hiburan di sekitar bandar raya Johor Bahru.

“Ketika pemeriksaan, sebahagian wanita terbabit dipercayai sedang tidur dan berehat selepas pulang bekerja jam 4 pagi. Anggota kami memanjat pagar kediaman berkenaan sebelum masuk membuat pemeriksaan,” katanya.

Katanya, semua wanita berusia antara 20 dan 37 tahun itu dipercayai ditempatkan di asrama oleh penjaganya.

“Seorang daripada mereka disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c), Akta Imigresen 1959/63 kerana memasuki dan tinggal di negara ini tanpa pas atau permit sah,” katanya.


EmoticonEmoticon