jobs from my.neuvoo.com

04 April, 2015

Sah! Tan Sri Jamaluddin Jarjis, lima yang lain terbunuh dalam nahas helikopter di Semenyih

SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Enam individu termasuk bekas menteri, Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis terkorban dalam kejadian helikopter terhempas di Jalan Sungai Lalang, Kampung Pasir Baru Semenyih, petang tadi.

Keenam-enam mayat mangsa berjaya ditemui pasukan penyelamat pada jam 8.15 malam.

Pasukan mencari dan menyelamat sedang berusaha untuk mengeluarkan mayat berkenaan dari lokasi kejadian.
Keenam-enam mayat terlibat insiden membabitkan sebuah helikopter terhempas di Kampung Pasir Baru Semenyih kira-kira 4.55 petang tadi, sudah ditemui jam 8.15 malam ini. - Foto ihsan Jabatan Bomba dan Penyelamat


EmoticonEmoticon