jobs from my.neuvoo.com

02 April, 2015

Tak tinggal solat, tapi gemar langgan pelacur

Mendengar kisah percintaan artis ini seperti indah sekali. Masakan tidak, sejak dia bersama jejaka yang bakal menjadi teman sehidup semati, banyak perubahan berlaku dalam hidupnya.

Meskipun pada awal dia menyatakan perubahan itu adalah atas kehendak diri sendiri, akhirnya ramai yang menyedari dan ada yang sudah tahu perubahan itu kerana seseorang.

Pada SS tidak kisahlah kita berubah untuk siapa, yang penting biarlah ia datang dengan niat yang ikhlas, insya-Allah perubahan yang baik itu akan terus berkekalan jika datang daripada hati
yang ikhlas.

Bercakap soal perubahan yang dikatakan disebabkan oleh kekasih hati, SS terkejut apabila mendengar kisah mengenai kekasih selebriti ini.

Jika SS sebutkan nama selebriti ini, pasti ramai tahu kekasihnya itu alim orangnya. Solat lima waktu tidak pernah tinggal walau sesibuk mana sekalipun kekasih artis itu.

Namun, cerita yang disampaikan oleh teman SS ini benar-benar buat SS terkedu.

Katanya, kekasih selebriti itu seorang yang sangat munafik dan bermuka-muka.

Gaya saja alim, tetapi melanggan pelacur. Difahamkan dia menyediakan sebuah rumah khusus untuk pelacur kelas atasan itu datang melayani nafsu serakahnya.

Begitu juga dengan artis berkenaan yang disediakan rumah untuk mereka berdua memadu asrama. Rasa seperti tidak percaya mendengar cerita ini.

Kata teman SS itu lagi, kekasih artis ini memang kuat ‘propa’. Walaupun ramai perempuan dilanggannya, dia hanya mahu artis berkenaan saja yang menjadi isterinya yang sah.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/40710#sthash.Fvd2Puec.dpuf


EmoticonEmoticon