jobs from my.neuvoo.com

08 April, 2015

Tauke pelawak yang dituduh minta gambar bogel dua wanita?

KUALA LUMPUR: Pelawak Tauke menafikan dia adalah pelawak kasanova seperti yang dimaksudkan dalam laporan pendedahan BH Plus, segmen berita premium berbayar BH Online kelmarin.

"Sepatutnya orang ramai yang membaca kontroversi berkenaan pelawak itu janganlah terlalu cepat membuat andaian dan menuding jari.

"Orang ramai perlu mengikut perkembangan dan membaca cerita sepenuhnya. Jauhilah fitnah," tegas Tauke kepada BH Online.

Mengikut Tauke, adalah tidak adil perkara negatif sebegitu terus dikaitkan dengannya kerana sudah ramai pelawak dalam industri hiburan tanah air sekarang.

"Apabila berita ini keluar ramai yang menuduh saya sebagai pelawak yang dimaksudkan, namun saya merasakan perkara ini tidak adil bagi saya.

"Mungkin sejarah yang menyebabkan orang menuduh saya. ...tapi, teliti bukti yang ada serta jangan cepat jatuhkan hukum ke atas saya," katanya sambil menambah tuduhan tidak berasas sebegitu mungkin menjejaskan kerjayanya.

Tauke adalah ahli kumpulan pelawak Jambu dan kini turut mengendalikan satu segmen di sebuah stesen radio.


EmoticonEmoticon