jobs from my.neuvoo.com

09 April, 2015

Tergamak serah serah tubuh untuk tawaran berlakon

Entah apalah nak jadi dengan bakat baru di dalam industri hiburan kita sekarang. Baik lelaki mahu pun perempuan, maruah dibuang ke tepi, dosa pahala pun ibarat mainan bibir saja.

Baru-baru ini, teman Cik Pang mengadu mengenai sikap seorang pelakon baru yang rela menyerahkan tubuhnya untuk diratah demi mendapatkan peluang berlakon.

Pelakon lelaki baru berusia awal 20-an itu dikatakan berkenalan dengan seorang produser di satu acara hiburan. Kata teman Cik Pang, bersungguh-sungguh pelakon baru itu mahu berkenalan dengan si produser.

Apatah lagi produser itu boleh dikatakan popular dalam kalangan industri hiburan. Sebab tidak mahu menghampakannya, si produser beri WeChat ID untuk memudahkan mereka berhubung.

Maka bermulalah episod hitam si produser apabila si pelakon tak henti-henti mengirim pesanan dan bertanya kalau ada peluang berlakon di bawah syarikat produksinya.

Lebih keji, si pelakon baru itu yang boleh dikategorikan sebagai ‘tall, dark and handsome’ tanpa rasa malu rela menyerahkan tubuhnya untuk diratah produser.

Itu pun selepas mendapat tahu selera produser yang katanya sukakan kaum sejenis. Namun awas ya, si produser bukan semurah itu memberi peluang kepada bakat baru kalau tidak tonjolkan bakat dan kualiti lakonan sebenar.

Mungkin naik meluat dengan si pelakon tak tahu malu, si produser terus ‘block’ si pelakon dari semua laman sosialnya.

Ya lah, kalau Cik Pang pun akan naik meluat dan ‘rengse’ dengan perangai tak tahu malu macam itu.


EmoticonEmoticon