jobs from my.neuvoo.com

09 Mei, 2015

Diperkosa tiga wanita kerana air mani

AFRIKA SELATAN: 'Malang' seorang lelaki apabila bukan saja diculik tetapi turut diperkosa tiga wanita rakus yang bersenjata api.

Menurut laporan portal berita antarabangsa Metro.uk, mangsa berusia 33 tahun itu dirogol secara bergilir-gilir sebelum kumpulan wanita itu dikatakan bertindak mencuri air maninya dan di simpan di dalam sebuah kotak sejuk atau ‘cool box’.

Detik hitam itu berlaku apabila mangsa didatangi trio tersebut yang memandu sebuah kereta BMW sebelum menariknya ke dalam kenderaan berkenaan dan di bawa ke sebuah kawasan sunyi di Afrika Selatan.

Mangsa dipercayai tidak mampu melawan susulan diancam dengan pistol.

Ketiga wanita tersebut sedaya upaya cuba menggoda mangsa tetapi tidak berhasil sehingga mereka memaksa lelaki tersebut minum sejenis bahan yang tidak diketahui kandungan yang dipercayai membuatkan mangsa berasa ghairah untuk melakukan seks.

Selepas selesai melampias nafsu ke atas lelaki tersebut, ketiga wanita itu meninggalkan mangsa sekitar 500 kilometer dari Port Elizabeth iaitu tempat lelaki tersebut diculik.

"Ini benar-benar mengelirukan kami kerana kami tidak pernah mendengar tentang insiden seperti ini sebelum ini.

"Lelaki ini sedar sepenuhnya sepanjang pengalaman pahit dan dia masih trauma," kata Konstabel Mncedi Mbombo.



- mD


EmoticonEmoticon