jobs from my.neuvoo.com

27 Mei, 2015

Kerajaan Malaysia tabur janji, tipu pelajar genius macam saya - Adi Putra


Adi Putra genius matematik Malaysia yang disisihkan

Tokoh Matematik Islam Abad, Adi Putra Abd Ghani yang kini 16 tahun dijanjikan pelbagai perkara oleh kerajaan, segalanya hanya tinggal janji. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 24 Mei, 2015.

Genius Matematik, Adi Putra Abd Ghani, bukan nama baru yang perlu diperkenalkan, malah beberapa tahun lepas, beliau menggemparkan negara dengan kehandalan dan kepantasan melakukan kerja pengiraan matematik.

Kini pada usia 16 tahun, Adi masih meneruskan minatnya dalam ilmu matematik dan turut mencurahkan ilmunya di dalam dan luar negara, tetapi perlu berdikari, kerana kini dipinggir dan segala janji yang pernah ditabur kerajaan tidak ditepati.

Remaja yang pernah dinobatkan sebagai Tokoh Matematik Islam Abad ini oleh Universiti Riau, Indonesia pada 2009 setakat ini menghasilkan 235 formula matematik dan membukukan 12 formula tersebut dalam sebuah bukunya berjudul Seni Matematik Islam.

Malangnya, buku yang menjadi rujukan pelajar di peringkat rendah dan menengah di Brunei Darussalam itu, tidak mendapat pengiktirafan di Malaysia walaupun ternyata memberi alternatif untuk memudahkan pelajar.
“Saya lancarkan buku itu di Pesta Buku Antarabangsa pada November 2011 di Pusat Dagangan Dunia Putra. Selepas pelancaran, saya mula guna buku itu mengajar di Brunei.

"Kerajaan Brunei ambil buku itu sebagai rujukan untuk sekolah rendah dan menengah," katanya ketika ditemui The Malaysian Insider di kediamannya di Tanjung Malim, Perak.

“Saya kecewa juga, sebab kalau boleh, kita hendak kongsi ilmu kita dengan anak bangsa, negara kita. Itu yang kita utamakan dulu.

"Yang jadi masalah, apabila keputusan daripada 'orang di atas'," dakwanya.

"Bila saya mengajar di sekolah, untuk program motivasi, saya guna buku itu. Maklum balas dari guru dan murid memang bagus.

"Murid dan guru dapat belajar, menjadikan mereka suka dengan Matematik,” katanya.

Adi yang sering diundang untuk menyampaikan kuliah matematik, menyingkap kembali zaman kanak-kanaknya yang dirasakannya seperti dijadikan tikus makmal oleh program pembangunan pendidikan .

Katanya, walaupun banyak janji yang ditabur kerajaan untuk membangunkan program genius kanak-kanak suatu masa dahulu, namun ia sekadar janji tinggal janji.

“Saya seperti tikus makmal jadi bahan uji kaji. Itu apa yang saya rasa terjadi masa itu, sebab saya dijanji untuk membuat modul kanak-kanak genius.

"Ketika itu saya 6 tahun. Pagi saya di Sekolah Islam Antarabangsa, masa Sains, saya masuk darjah 5, Matematik, saya masuk darjah 6, Bahasa Inggeris, saya masuk darjah 3. Ia berlangsung lebih setahun.

“Tengahari masa pelajar lain rehat, saya kena pergi ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) untuk belajar A Level. Belajar 5 subjek – Fizik, Kimia, Biologi, Matematik, Matematik Tambahan," katanya.

Bagaimanapun, kata Adi, beliau berhenti sekolah separuh jalan bagi menumpukan sepenuhnya kepada pengajian A Level di UIAM.

Tetapi yang menghairankannya, walaupun tamat pengajian, beliau mendakwa tidak dianugerahkan sijil oleh universiti berkenaan.

Terkilan kerana sehingga kini masih dipandang sepi kerajaan, remaja yang berazam untuk mencipta satelit ini tidak lagi mahu mengenang janji yang ditabur kerajaan sewaktu zaman awal kanak-kanaknya.

Katanya, menjadi harapannya agar sarjana mahu pun profesor yang arif dalam matematik dapat mengesahkan dan mengiktiraf kesemua 235 formula matematiknya.

“Banyak sejarah saya dengan kerajaan. Saya pun sudah malas. Terlalu banyak saya dijanji," katanya kepada The Malaysian Insider.

"Banyak sangat kejadian saya dengan kerajaan sampai saya sudah serik. Sebab itu saya sudah tidak kenal apa-apa, tidak suka cakap pasal politik, tidak sentuh pasal kerajaan. Saya sudah lalui semua itu.

“Saya mahu ahli falsafah dokumenkan dan sahkan formula saya. Formula saya dari ilham, dan ada yang dari zaman dahulu, seperti Al-Khawarizmi,” katanya merujuk tokoh Islam keturunan Parsi yang menguasai bidang matematik, geografi dan astronomi dan turut dikenali sebagai bapa algebra.

Luka lama yang masih disimpan anak muda ini apabila ubat yang cuba dikomersialkannya pada 2010, iaitu Penawar Stress dan Produk Minda, didakwa mengandungi bahan terlarang, steroid.

Katanya, segala dakwaan pihak berkenaan tidak benar kerana ubat berkenaan sudah diuji di makmal Universiti Teknologi Malaysia.

“Beberapa kali sebelum itu saya cuba minta pengesahan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), tetapi tidak pernah dapat.

“Selepas Adi jumpa KKM, mereka gugurkan tuduhan steroid, tetapi mendakwa ia tiada pengesahan KKM.

"Tidak sampai seminggu selepas itu, mereka beri saya pengesahan KKM. Ubat itu masih dijual, tetapi lepas kejadian itu, semuanya jatuh,” katanya.

Adi berkata, sudah tiba masanya Putrajaya membangunkan modul kanak-kanak genius di Malaysia bagi mengelak banyak tenaga pakar terus lari meninggalkan Malaysia.

Katanya, kehebatan orang Melayu dapat dilihat di negara asing yang bekerja di syarikat besar malah menuntut di universiti terkemuka dunia.

Katanya, kehebatan orang Melayu dapat dilihat di negara asing, di kalangan mereka yang bekerja di syarikat besar, malah menuntut di universiti terkemuka dunia.

“Orang Melayu kita bukan calang-calang. Di Nasa (Pusat Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan Amerika Syarikat), ramai orang Melayu.

"Universiti terkemuka dunia sekali pun, ramai pensyarah kita, pelajar kita. Masalahnya, mengapa kita jumpa mereka di luar?" soalnya, jelas kecewa dengan keadaan itu.

"Kita perlu ada satu modul untuk cerdik pandai di Malaysia. Bukan sedikit, tetapi ramai. Semua ada kelebihan masing-masing.

“Orang luar menghargai. Mereka nampak kebolehan orang Melayu yang hebat-hebat. Mereka yang hebat ditawarkan duduk di luar dengan gaji US dolar. Diberikan dana dan segala-galanya,” katanya.

Adi mendakwa, disebabkan itu, warga Malaysia yang cemerlang terus berada di luar negara dan hanya mereka di gred kedua dan ketiga berhajat pulang ke Malaysia.

“Kita tiada lagi pakar di Malaysia. Kalau kita teruskan, sampai bila pun kita tidak dapat kumpulkan satu kumpulan pakar, terutamanya dalam Sains dan Matematik.

“Wang bukan salah satu sebab mereka tidak balik. Ramai yang belajar di luar tetapi masih ada semangat perjuangan orang Melayu. (Tetapi) Mengapa mereka nak balik ke satu tempat yang mereka tidak dihargai pun?” soalnya. – 24 Mei, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/adi-putra-genius-matematik-malaysia-yang-disisihkan#sthash.qqRRTF9A.dpuf

23 comments

dia genius math, bukan hebat politik (penipu)

Setuju dengan kata-kata adi..orang melayu kena sedar kita perlu bangkit untuk pertahankan nilai Melayu itu sendiri

sabar adik.. orang pandai x diperlukan dalam lapisan atasan.. hahaha

Dlm sjrh dunia Mlyu, ktua2 & pmimpin2nye tk suke kaum & msyrktnye jd pndai sbb mau dirinye dlihat lbih crdik dr pngikutnye. Imbas kmbali kesah ape jd pd 'HANG NADIM' dlm crite 'Singapura Dlanggar Todak'. Bgitulh pe'el yg msih brlaku dlm kbnykkn organisasi Mlyu; Krjaan, Syrkt, Parti Politik, Prsatuan2, Kelab2 dsb.
HNYE ORG2 MLYU SNDIRI YG BOLE MNGUBAH BUDAYA NEGATIF & MROBAH NASIB BANGSANYE SNDIRI....DGN MMBANGUN SECARA & BRSAMA 'ISLAM'.!!!

Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

PERMATA PINTAR UKM petnah offer dia bljr disana tapi ibubapanya menolak dgn alasan susah utk penuhi undangan ceramah sana sini. PERMATA PINTAR tempat mengumpul anak2 genius utk diarahkan ke bidang yg sesuai dgn mrk..sekolah yg baik utk bantu anak2 cemerlang berjaya. Usaha tlh dilkakukan...

tak payah jauh. 50 tahun kena tipu ngan umno pon masih gembira. pulak yang kena tipu tu sarjana doktor engineer. punah.

Kerajaan mesia ni kan semua bongok dan lembap2 belaka. Bnde baik pon dipolitikkan sampai jadi camni. Bende bebalnsume dudok kat tempat atas. Harapkan pointer cgpa je 3.8 tp bebal abdi si ahmad maslan tu.

Salam admin.
Mane boleh dapatkan buku / modul adi putra ni?
Maybe boleh jd rujukan adik saya.
syaffqall@gmail.com

selagi trak tahu berapa harga singapura dijual selagi tuh kita tertipu....isk isk isk

selagi tak tahu harga singapura dijual selagi tu la kita tertipuu...

kerajaan dikuasai freemason, begitu le klu org islam cerdik, di cantas secara halus

Sorry to say kalau nk kata permata ukm tu berjaya sangat. Dah bertahun berlalu, ada bukti tak anak anak permata tu pergi mana dah sekarang. Uni mana? Yang dijumpai hanya koir ala ala barat. Siap ajar rap lagi budak budak tu. Celah mana permatanya. *gimme proof

haha genius math takle cari makan. semua harapkan kerajaan. bila tak berjaya, salahkan kerajaan...camtu senang la hidup. ramai je orang berjaya kat luar sana tanpa bantuan kerajaan. sebenarnya dia tak puas hati sebab tak dapat ape dia nak je...dia nak kerajaan iktiraf dia and naikkan nama untuk dia...dia taknak naikkan nama dia sendiri. orang melayu kerja laur negara sebab dorang dpt offer gaji besar je..itu pun kerja as a minority in a big organisation. takde pun aku tgk orang melayu innovative gila create something new and lead project pape. cerminkan diri sendiri dulu, jangan asyik salahkan orang lain.

Permata pintar adalah program yg GAGAL

Seingat saya masaalah bermula apabila keluarganya memperalatkan nya sebagai angsa telur emas. Mereka telah mengenepikan rancangan yg disediakan oleh pihak yg bertanggungjawab utk keuntungan sekelip mata. Dia berhenti dari SEk Islam Antarabangsa Gombak selepas menganggap sistem pelajarannya tak sesuai dgn dirinya yg dianggap sebagai kereta Ferari yg dipandu seperti Kancil. Dia dijadikan Pengarah syarikat emaknya ketika masih kanak2 bukan krn dia berkebolehan mengurus syarikat tapi hanya utk mengambil kesempatan ke atas popularitinya. Cuba ingat kembali tentang pemasaran pil Adi Putra. Ini mengaleh fokus tentang membentuk masa depannya sebagai ahli mathematics atau ahli fizik dsb. Beberapa keputusan yg di ambil oleh keluarganya telah menggelincirkan rancangan yg diatur oleh pihak bertanggungjawab. Rengkas kata sehingga skg beliau gagal mempunyai sijil2 resmi utk membolehkan nya melanjutkan pelajaran di pusat akademik ternama di dunia. Saya rasa penulis tidaklah begitu adil jika menuduh mana2 pihak mungkir janji tanpa mengambil kira fakta2 peranan yg dimainkan oleh keluarganya. Saya bersimpati dgn Adi Putra yg mejadi mangsa percaturan yg berdasarkan untung cepat.

"alif+min+nun+wau = sarkis" petikan dari pendekar bujang lapok

amat sdih.mmalukan.jnji x d tpati.br tmbah malang;ank s bangsa d biarkan.tapi sanjung & bri plbagai imbuhan kpd artis/org2 sukan/ dll.pl jgn buat cm ni.naya


EmoticonEmoticon