jobs from my.neuvoo.com

24 Mei, 2015

Ketagihan seks melampau punca lelaki ini melancap di tempat awam di PJ

KUALA LUMPUR : Ketagihan seks melampau dipercayai punca seorang lelaki sekitar 20an bertindak melaku kelucahan melampau dengan beronani berdekatan dengan seorang pelajar wanita di sebuah tempat awam di SS15, Subang Jaya pada Selasa lalu.

Pakar psikologi Universiti Malaya (UM) Prof Madya Dr Mariani Mohd Nor berkata walaupun beronani adalah salah satu keperluan naluri manusia namun tindakan pelaku melakukannya di tempat awam adalah satu kelakuan yang tidak senonoh.

"Onani adalah satu perbuatan yang biasa. Namun apa yang dilakukan oleh lelaki ini adalah disebabkan ketagihan seksnya melampau.

"Dia tidak lagi boleh menahan perasaannya lagi kerana dia berasa terlalu terangsang dan itu menyebabkan dia tidak malu untuk melakukannya di tempat awam. Dia rasa dia terpaksa melakukannya," jelas beliau ketika dihubungi Astro AWANI pada petang Ahad.

Mariani juga berkata berkemungkinan lelaki ini membayangkan melakukan hubungan bersama mangsa secara kerap sehingga tidak boleh lagi mengawal nafsunya.

"Dia membayangkan dia melakukan seks bersama perempuan ini sehingga mahu melakukannya. Jadi apabila terjumpa dengan wanita ini, dia terus melakukan perbuatan ini kerana dia tidak boleh menahan nafsunya lagi.

"Perkara ini tidak semestinya berlaku kepada wanita yang berpakaian seksi sahaja. Selagi dia mempunyai angan-angan melampau, dia tetap akan melakukan perbuatan itu kepada mana-mana wanita," jelas Mariani.

Ketika ditanya sekiranya lelaki ini mempunyai masalah mental berikutan kelakuan tidak senonoh ini, Mariani menafikannya.

"Kalau kita kata dia sakit mental, ianya lebih kepada satu penyakit yang menjejaskan rutin hariannya dan dikatakan tidak boleh mengambil keputusan dalam keadaan sedar.

"Kalau kita lihat kes lelaki yang membuat perkara ini berdekatan dengan wanita ini, dia membuat keputusan itu berdasarkan nafsu seks yang melampau.

"Orang biasa melakukannya di tempat tertutup dan dia melakukannya di tempat lebih terbuka kerana kehendak nafsunya mendorongnya ke arah perbuatan itu," tambah beliau.

Beliau merujuk kepada laporan yang disiarkan oleh sebuah laman berita sosial Says.My yang melaporkan pelajar terbabit yang dikenali sebagai Beverlley A. Lim, 21 memuat satu status di Facebooknya yang mengatakan dia mengalami gangguan seksual daripada seorang lelaki, ketika dalam perjalanan pulang untuk ke apartmentnya yang terletak di sekitar Subang Jaya.

Beverlley yang juga seorang penuntut universiti swasta di sekitar SS15 itu berkata dia pada ketika itu baru sahaja menghadiri kelas Bahasa Jepun dan sedang berjalan ke tempat letak keretanya yang terletak kira-kira 100 meter dari pusat pengajiannya.

"Saya perasan ada seorang lelaki memakai sebuah topi dengan t-shirt merah dan seluar pendek berdiri berdekatan dengan sebuah kereta yang tidak jauh dari kereta saya.

"Dia kelihatan sangat meragukan dan hati saya terdetik pada ketika itu untuk kembali semula ke kampus sehingga dia pergi dari tempat letak kereta itu.

"Namun entah sebab apa, saya mengabaikan suara hati saya itu dan saya kira lebih selamat sekiranya saya terus masuk ke kereta dan terus memecut kerana saya fikir pusat pengajian saya itu sudah tutup ketika itu," kata Beverlley di status Facebooknya yang kini dikongsi sebanyak 259 kali ketika ini.

Beverlley kemudiannya masuk ke dalam kereta secara senyap-senyap dimana dia menyangka perbuatannya tidak disedari lelaki itu.

"Saya memasuki kereta dengan pantas dan terus mengunci pintu. Kemudian saya nampak dia pergi ke tempat lain. Saya menyangka dia sudah tiada. Saya kemudiannya terus menghantar pesanan teks walaupun sepatutnya saya sepatutnya memandu kereta dan beredar dari tempat itu.

"Tiba-tiba saya sedar ada seseorang sedang berdiri di sisi tingkap kereta saya. Apabila saya lihat, saya nampak lelaki itu dan hati saya seperti terhenti seketika," tambahnya dalam status Facebook yang sama.

Lelaki itu kemudiannya didakwa melakukan onani di luar kereta Beverlley. Terkejut dan dibelenggu pelbagai emosi pada detik yang sama, badan Beverlley menggeletar tanpa disedari.

Beverlley bagaimanapun memaksa dirinya untuk beredar dari situ. Tangannya yang masih menggigil itu kemudiannya menekan hon keretanya beberapa kali untuk meraih perhatian.

Dia sedaya upaya memecut keretanya dari tempat itu sebelum berhenti di sebuah pondok pengawal keselamatan sambilmenangis ketakutan.

Setelah beberapa hari kejadian itu berlaku, portal Says.My semalam melaporkan Beverlley mengambil keputusan untuk melaporkannya kejadian itu kepada pihak polis.

1 comments so far

Kami sekeluarga ingin mengucapkan banyak terimakasih kepada AKI ALHI atas bantuannya
saya menang togel yang pertama kalinya,pekerjaan saya sehari-harinya cuma seorang SOPIR ANKOT
yang pendapatannya tidak seberapa,buat biaya anak sekolah aja tidak cukup apalagi untuk mencukupi
kebutuhan hidup keluarga sehari-harinya….suatu hari saya tidak sengaja mendengar pembicaraan teman
saya mengenai prediksI AKI ALHI yang katanya bisa mengeluarkan angka sgp/hk yang di jamin
tembus,akhirnya saya bertanya dan teman saya memberikan nomor AKI ALHI dan saya pun menghubunginya..??
Berkat bantuan AKI yang telah memberikan anka “GHOIB” nya 4D yaitu,( 9729) dan alhamdulillah itu
ternyata terbukti….sekaran anak saya bisa lanjut sekolah lagi itu semua atas bantuan AKI ALHI
bagi anda yang penggemar togel ingin meruban nasib melalui angka2 goip yang di jamin 100%
kemenangan hbg AKI ALHI di nmr;_ 0_8_2 3 0 2 5 6 3 3 2 7 _ ini bukti nyata bukan rekayasa
,mana ada kemenangan tanpa keberanian dan kejujuran,saatnya kita perlu bukti bukan sekedar janji2
,hanya AKI ALHI yang bisa menjamin 100% kesuksesan,anda perlu bukti hbg sekaran AKI ALHI,terima kasih









assalamualaikum wr,wb AKI… saya pak ilham Di Arab Saudi
mengucapkan banyak2 terima kasih kepada AKI ALHI
atas nomor togelnya yang kemarin AKI berikan yaitu
"4703" alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus AKI
dan berkat bantuan AKI ALHI saya bisa melunasi
semua hutan2 orang tua saya yang ada di BANK BRI
dan bukan hanya itu AKI alhamdulillah sekarang saya
sudah bisa bermodal sedikit untuk mencukupi kebutuhan
keluarga saya sehari2.itu semua berkat bantuan AKI ALHI sekali lagi makasih banyak yah AKI…
yang ingin merubah nasib seperti saya hubungi AKI ALHI di nomor 0_8_2 3 0 2 5 6 3 3 2 7 dijamin
100% tembus atau silahkan buktikan sendiri.terimah kasi Roomnya



EmoticonEmoticon