jobs from my.neuvoo.com

25 Mei, 2015

Lagi artis kantoi tinggal sebumbung dengan kekasih

Kisah cinta artis ini dan kekasihnya bukan rahsia dan apa yang SS dengar pasangan sejoli itu khabarnya dalam proses merancang untuk berkahwin.

Apapun, ada cerita kurang enak disampaikan seorang teman mengenai pasangan ini. Katanya, dia pelik dengan corak kehidupan artis itu dan kekasihnya.

Katanya, dia yang pernah mendengar perbualan kekasih artis itu dengan seorang anggota keluarga semacam menunjukkan pasangan terbabit tinggal serumah.

Bukan mereka tinggal berdua tanpa ikatan tetapi dalam rumah itu turut didiami anggota keluarga lain dalam kalangan adik-beradik artis itu.

Kata teman SS, apa yang menyebabkan dia mengesyaki kekasih artis itu tinggal di rumah keluarganya kerana melalui perbualan didengarinya seolah-olah si kekasih tahu apa yang ada pada setiap sudut kediaman artis itu.

Contohnya, kalau nak cari garam bekasnya diletak pada palang atas dalam kabinet dapur. Begitu juga, dengan gula atau apa saja barangan yang ada dalam kediaman artis itu.

Namun, ini sekadar SS memberi contoh yang meng­gambarkan betapa kekasih artis itu semacam sudah terbiasa dengan keadaan selok-belok dalam rumah buah hatinya.

Apapun, SS tetap mendoakan yang terbaik dalam perhubungan percintaan artis itu dan kekasihnya. Semoga semua dirancang berakhir ke jenjang pelamin kerana sudah lama juga mereka bercinta.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/53255#sthash.aowZ8rm4.dpuf


EmoticonEmoticon