jobs from my.neuvoo.com

13 Mei, 2015

Pegawai polis lakukan persetubuhan luar tabii

BUTTERWORTH: Tiga anggota polis dijatuhkan hukuman penjara 24 tahun dan dua sebatan di Mahkamah Sesyen, di sini, semalam, selepas didapati bersalah merogol dan melakukan persetubuhan luar tabii terhadap seorang wanita warga Indonesia pada November 2012.

Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah (prima facie) terhadap ketiga-tiga tertuduh iaitu Nik Sin Mat Lazim, 36, Remy Anak Dana, 28, dan Syahiran Romli, 24.

Ketiga-tiga mereka bagaimanapun hanya perlu menjalani hukuman penjara selama 12 tahun setiap seorang apabila hukuman itu berjalan serentak.

Ketika menjatuhkan hukuman, Meor Sulaiman berkata, sebagai penjawat awam, ketiga-tiga tertuduh sepatutnya memastikan keselamatan orang ramai, tetapi mereka menyalah guna kuasa dan mengambil kesempatan merogol wanita itu.

Beliau berkata, kesalahan itu tidak boleh diterima dan mereka harus menjalani hukuman penjara selama 12 tahun bermula semalam.

Mengikut pertuduhan, ketiga-tiga anggota polis terbabit didakwa melakukan kesalahan itu di Bilik 4, Berek Balai Polis Perai, antara jam 6.40 hingga 7.30 pagi pada 9 November 2012.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 376 (1) dan Seksyen 377 (C) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Nik Sin dan Remy diwakili peguam Abdul Roni Rahman manakala Syahiran diwakili R S N Rayer.

Pendakwaan dilakukan Ketua Unit Pendakwaan Pejabat Penasihat Undang-Undang negeri Datuk Razali Che Ani.

Pada prosiding itu, Abdul Roni memohon hukuman penjara itu ditangguhkan atas alasan dua tertuduh, Remmy dan Nik Sin memiliki anak kecil berusia setahun dan dua tahun manakala Shahiran pula menjaga ibu bapa yang uzur.

Bagaimanapun, Razali membantah permohonan itu kerana perkara berkenaan bukan alasan bagi mereka untuk menangguhkan hukuman.


- Harian Metro

1 comments so far

saya mengucapkan banyak terimakasih kepada MBAH WITJAKSONO yang telah menolong saya dalam kesulitan,ini tidak pernah terfikirkan dari benak saya kalau nomor yang saya pasang bisa tembus dan ALHAMDULILLAH kini saya sekeluarga sudah bisa melunasi semua hutang2 kami,sebenarnya saya bukan penggemar togel tapi apa boleh buat kondisi yang tidak memunkinkan dan akhirnya saya minta tolong sama MBAH WITJAKSONO dengan senang hati MBAH WITJAKSONO mau membantu saya..,ALHAMDULILLAH nomor yang dikasih semuanya bener2 terbukti tembus dan baru kali ini saya menemukan dukun yang jujur,jangan anda takut untuk menhubungi jika anda ingin mendapatkan nomor yang betul2 tembus seperti saya,silahkan hubungi MBAH WITJAKSONO DI 0852_2223_1459. ingat kesempat tidak akan datang untuk yang kedua kalinga
KLIK=>>> http://togelsingapu.blogspot.com


EmoticonEmoticon