jobs from my.neuvoo.com

28 Mei, 2015

Telanjang bulat!

Kuala Lumpur : Empat lelaki Islam ditahan oleh penguat kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dalam serbuan di pusat urut di Sungai Besi di sini, malam tadi.

Dalam serbuan pada 11 malam itu, lelaki terbabit dalam keadaan berbogel dan sedang diurut pekerja urut wanita di premis berkenaan.

Ketua Bahagian Penguatkuasaan JAWI Wan Jaapar Wan Ahmad berkata, hasil pemeriksaan di premis terbabit mendapati empat lelaki itu sedang menerima perkhidmatan urut yang disediakan.

"Mereka menerima perkhidmatan daripada wanita yang bukan mahram dan ia menjadi satu kesalahan.

“Semua lelaki terbabit kemudiannya dibawa ke Pejabat JAWI untuk tindakan selanjutnya dan ditahan mengikut Seksyen 27 (A) & (B) Akta 559 kerana disyaki berkhalwat,"katanya.


EmoticonEmoticon