jobs from my.neuvoo.com

10 Jun, 2015

Ahli majlis PAS di Pulau Pinang enggan berhenti, dakwa jawatan lantikan parti

Empat orang wakil PAS dalam Majlis Perbandaran Pulau Pinang tidak akan melepaskan jawatan mereka atas alasan mereka dilantik parti, lapor Sinar Harian hari ini.

Sebaliknya, mereka hanya akan berbuat demikian jika ada arahan daripada parti.

"Saya perlu tunggu arahan kerana pelantikan dibuat parti. Buat masa ini saya tidak boleh beri sebarang komen.


"Bagaimana pun, saya bersedia meletak jawatan jika PAS Pusat mahu saya berbuat demikian," ahli Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) Mhd Nasir Yahya dipetik berkata.
Ulasan hampir sama turut diberikan seorang lagi Ahli Majlis MBPP Yaacob Omar.

Yaacob ialah Yang Dipertua PAS kawasan Tanjong sementara Nasir pula koordinator markas induk PAS Bukit Gelugor.

Muktamar tahunan parti itu minggu lalu meluluskan tanpa bahas usul Dewan Ulama memutuskan hubungan dan kerjasama dengan rakan sekutu dalam Pakatan Rakyat (PR), DAP.

Susulan itu, bekas Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu mengumumkan melepaskan semua jawatannya dalam kerajaan negeri Pulau Pinang, begitu juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang Datuk Dr Mujahid Yusof. – 10 Jun, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/ahli-majlis-pas-di-pulau-pinang-enggan-berhenti-dakwa-jawatan-lantikan-part#sthash.DIN7O122.dpuf


EmoticonEmoticon