jobs from my.neuvoo.com

02 Jun, 2015

Akibat rengekan seks terlalu kuat...

BIRMINGHAM – Gara-gara menjerit terlalu kuat ketika melakukan hubungan seks pada pukul 5 pagi, seorang wanita Gemma Wale, 23, dihukum penjara selama dua minggu.

Wale ditangkap selepas jirannya, Ghazala Bibi, 40, membuat aduan kerana tidak tahan mendengar bunyi bising berkenaan.

“Gemma mula menjerit-jerit ketika melakukan seks, menyebabkan kami semua terbangun.

“Ia berterusan sehingga 10 minit,” katanya.

Malah kata Bibi, Gemma dan pasangannya juga turut memaki hamun sesama sendiri ketika melakukan seks.

Selain hukuman penjara, Gemma juga dilarang memainkan muzik yang kuat, memaki hamun, menghempas pintu dan menjerit.

– MYNEWSHUB.CC


EmoticonEmoticon