jobs from my.neuvoo.com

18 Jun, 2015

Aksi Selamba Pasangan Lakukan Seks Atas Lantai Pasar Raya Dirakam

SYDNEY: Seorang lelaki ditangkap mengadakan hubungan intim bersama pasangannya di sebuah pusat membeli belah di sini, baru-baru ini.

Memetik laporan Daily Mail UK, aksi tersebut berjaya dirakam orang awam yang dikenali sebagai Abraham Jniedi berasal dari Peakhurst, Sydney.

Abraham dilaporkan memuat naik video yang dirakamnya ke laman sosial Facebook pada Ahad lalu sebelum menjadi viral dengan mengumpul 3,213 ‘likes’ dan dikongsi sebanyak 728 kali di laman sosial tersebut.

“Kami berada di tempat kejadian pada ketika itu dan berjaya merakamkan video ini,” tulis Abraham di halaman Facebooknya.

Video yang dirakam dengan menggunakan telefon bimbit tersebut menunjukkan pasangan itu mengadakan hubungan seks di atas lantai pusat membeli belah.

Difahamkan, pasangan tersebut membetulkan semula pakaian mereka dan meninggalkan tempat kejadian selepas ditegur orang awam.

- mD


EmoticonEmoticon