jobs from my.neuvoo.com

01 Jun, 2015

Angkut motorsikal dalam bilik elak dikesan bersekedudukan

ANGGOTA penguat kuasa JAIK menyoal siasat pasangan yang dicekup di rumah tumpangan kelmarin.
Alor Setar: Sepasang kekasih sanggup duduk berhimpit dalam bilik sempit yang turut memuatkan sebuah motosikal di sebuah rumah tumpangan di Simpang Kuala, semata-mata untuk mengelak dikesan pihak berkuasa kerana dipercayai berkhalwat.

Pasangan berusia 23 dan 25 tahun itu sanggup datang dari Pendang menunggang motosikal semata-mata untuk memadu kasih sebelum dicekup sepasukan anggota penguatkuasa Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) yang membuat pemeriksaan di rumah tumpangan terbabit pada jam 1 pagi, semalam.

Sebelum itu, lelaki berkenaan pada mulanya memberi alasan menyewa bilik itu bersama ‘tunangnya’, tetapi hasil soal siasat mendapati mereka tidak mempunyai sebarang ikatan sah dan taktik yang digunakan hanya untuk mengelak daripada ditangkap pihak berkuasa.

Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasa Undang-undang JAIK Syeikh Mohd Roshidi Mahmud berkata, berdasarkan maklumat, anggota penguatkuasa melakukan pemeriksaan sebelum mengetuk pintu sebuah bilik dan dibuka seorang lelaki berpakaian lengkap.

Beliau berkata, seorang wanita turut ditemui berada di bilik berkenaan dan berpakaian lengkap, tetapi dalam keadaan ketakutan.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/40252#sthash.owI0YDsu.dpuf


EmoticonEmoticon