jobs from my.neuvoo.com

22 Jun, 2015

Artis wanita kantoi menyundal dalam panggung wayang di bulan Ramadhan

Sekadar gambar hiasan
Mengucap panjang mendengar teman Cik Pang yang meluahkan perasaannya mengenai perangai artis popular dengan teman lelaki barunya.

Pertama sebab ini bulan Ramadan dan cerita disampaikan boleh diklasifikasikan 18SX namun Cik Pang tidak pasti kebenarannya.

Teman Cik Pang itu beriya-iya mengatakan perkara itu dilakukan artis yang juga model bersama teman lelakinya yang muka ala-ala Arab. Artis ini dikatakan selamba ‘badak’ bermesra dalam panggung wayang minggu lepas.

Kebetulan waktu itu panggung tayang cerita Jurassic World dan difahamkan penonton pun tidak ramai. Sedang asyik melayan babak dinosaur menerkam mangsa, tiba-tiba teman Cik Pang terdengar bunyi mencurigakan di kerusi belakang.

Tidak sanggup Cik Pang hendak kongsi cerita itu di sini. Ada juga penonton yang bukan Islam tegur secara berdehem supaya mereka hentikan lakonan di luar layar itu tapi ada mereka kisah?

Apa sekalipun, Cik Pang harap sangat cerita yang disampaikan teman Cik Pang ini hanya khayalan semata-mata. Atau mungkin teman Cik Pang tersalah cam muka si pelaku. Ya lah, mungkin pelanduk dua serupa.

Tapi serupa tak serupa, yang penting janganlah buat perkara tak senonoh di mana-mana pun, waima di dalam panggung. Sebab hal-hal macam ini lah, Allah murka dan bila-bila saja boleh tarik rahmat serta kekayaan yang dimiliki negara kita ini.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/59040#sthash.SnjKjm0l.dpuf


EmoticonEmoticon