jobs from my.neuvoo.com

26 Jun, 2015

Bapa celaka, ajak rakan perkosa anak gadis sendiri


SEORANG lelaki dari Cornwall, England dihukum penjara selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan dia bersalah merogol seorang wanita yang kini berusia 35 tahun pada 20 tahun lalu.

Yang sadisnya, gadis itu dirogol di hadapan bapanya sendiri yang melihat suspek, Dean Angear meratah darah dagingnya sendiri.

Sehubungan itu, Dean dan bapa mangsa yang tidak didedahkan identitinya telah ditahan baru-baru ini selepas mangsa membuat laporan polis berhubung penderaan seksual yang dialaminya sejak berusia belasan tahun lagi.

Menurut mangsa, bapanya membenarkan Dean merogolnya pada 1995 dan kemudian si bapa durjana pula sambung merogolnya dalam billik yang sama.
Dean Angear
Mangsa mendakwa dia diberi pil ecstasy semasa peristiwa hitam itu berlaku.

Dean, bapa kepada tiga cahaya mata walau bagaimanapun mengaku tidak bersalah di atas pertuduhan tersebut namun hakim telah memerintahkannya disumbat ke penjara bermula hari ini. – MYNEWSHUB.CC


EmoticonEmoticon