jobs from my.neuvoo.com

15 Jun, 2015

Bekas suami gila seks

Johor Bahru: Hidup seorang janda anak lima kian tertekan apabila kerap diganggu bekas suaminya yang gila talak yang gemar menghantar SMS berbaur ugutan serta memukulnya.

Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Ayu, 42, diceraikan talak satu oleh bekas suami awal tahun ini selepas mereka berkahwin pada tahun 1997.

Wanita itu yang mempunyai lima anak berusia antara lapan hingga 18 tahun mendakwa diceraikan bekas suami yang memberitahu sudah menjalin hubungan dengan wanita lain.

“Selepas diceraikan, saya dan anak-anak memulakan kehidupan baru dengan menyewa sebuah rumah teres setingkat di Kulaijaya, di sini.

“Bekas suami tidak pernah memberikan nafkah kepada anak-anak sejak berpisah. Bagaimanapun dia muncul semula dan sering mengganggu saya dengan menghantar mesej berbaur lucah selain ugutan,” katanya.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/57829?m=1#sthash.pRsBdGI3.dpuf


EmoticonEmoticon