jobs from my.neuvoo.com

19 Jun, 2015

Dinoda setiap hari selama setahun oleh ayah kandung sendiri

HENDRI (depan) dibawa ke ibu pejabat polis Jakarta untuk disoal siasat.
Jakarta: Seorang lelaki di sini ditahan polis kerana disyaki merogol anak kandungnya sejak setahun lalu.

Jurucakap polis Jakarta, Putu Putera Sadana berkata, suspek yang dikenali sebagai Hendri turut mengancam anaknya jika mangsa melawan.

“Suspek ditahan selepas anaknya membuat laporan polis mendakwa dia dirogol ayahnya.

“Selepas soal siasat suspek mengaku merogol dan mencabul anaknya pada setiap hari sejak setahun lalu,” katanya.

Ujarnya, gadis itu turut diancam tidak diberi makan atau dipukul sekiranya tidak melayan nafsu bapanya.

“Siasatan polis juga mendapati suspek bukan penagih dadah atau kaki botol dan dia melakukan tindakan terkutuk itu secara sedar,” jelasnya.

Menurutnya, suspek kini ditahan polis untuk siasatan lanjut dan bakal didakwa atas tuduhan merogol.

“Gadis itu kami tempatkan di rumah perlindungan untuk sementara waktu,” katanya. - Agensi

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/58680#sthash.fFiZyynz.dpuf


EmoticonEmoticon