jobs from my.neuvoo.com

09 Jun, 2015

(Foto) Penyanyi popular dituduh jatuhkan maruah wanita dengan aksi mencolok mata

Maghribi: Penyanyi Jennifer Lopez akan disaman kumpulan pendidikan di Maghribi yang tidak berpuas hati dengan persembahannya yang seksi di negara itu, minggu lalu.

TMZ melaporkan Jennifer, 45, dituduh ‘mengganggu ketenteraman awam dan menjatuhkan maruah wanita’ dalam persembahannya di Rabat Jumaat lalu yang disiarkan di televisyen.

Malah, kejadian itu turut menyebabkan beberapa pihak mendesak Menteri Penerangan Maghribi Mustapha Khalfi meletak jawatan selepas dikecam kerana membenarkan televisyen kebangsaan menyiarkan konsert itu.

Mustapha bagaimanapun tidak mengendahkan desakan itu.

Sebaliknya Mustapha berkata di Twitter dia akan menghubungi jawatankuasa etika stesen terbabit untuk membincangkan isu berkenaan.

“Apa yang disiarkan itu memang tidak boleh diterima dan melanggar perundangan penyiaran,” katanya.

Gaya seksi dan pakaian menjolok mata Jennifer turut diselar media tempatan. - Agensi






- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/56573#sthash.JG14UddE.dpuf


EmoticonEmoticon