jobs from my.neuvoo.com

12 Jun, 2015

Foto separuh bogel, ini respon Tasha Shila

Kuala Lumpur: Pelakon Tasha Shilla memilih untuk mendiamkan diri berhubung kontroversi penyebaran gambar seorang wanita separuh bogel, semalam, yang didakwa dirinya.

Tasha atau nama sebenarnya Natasha Sheila Abdul Razak, 28, tidak membalas panggilan dan mesej yang diajukan kepadanya bagi mendapatkan reaksi mengenai dakwaan berkenaan yang kecoh diperkatakan di media sosial.

Spekulasi dan cemuhan tercetus apabila gambar seorang wanita yang hanya memakai seluar dalam tersebar dan ia dikaitkan dengan pelakon terbabit berdasarkan beberapa persamaan termasuk telefon bimbit yang digenggamnya.

Malah, timbul juga ura-ura kononnya penyebaran gambar itu dilakukan oleh individu tertentu atas tujuan sabotaj dan mengaibkan pelakon terbabit.

Usaha untuk mendapatkan reaksi teman lelaki Tasha, Hans Wong juga menemui jalan buntu apabila lelaki berkenaan turut tidak menjawab panggilan.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/57265#sthash.lbwIZTpx.dpuf


EmoticonEmoticon