jobs from my.neuvoo.com

27 Jun, 2015

Gadis datang haid dibelasah ibu saudara

Gambar hiasan
Kuala Lumpur: Seorang remaja perempuan berusia 12 tahun yang datang bulan dibelasah ibu saudaranya kerana menyangka remaja itu sengaja tidak berpuasa dalam kejadian di rumah mangsa di Petaling Jaya, kelmarin.

Dalam kejadian jam 12.30 tengah hari itu, mangsa baru pulang dari sekolah sebelum diminta menyidai pakaian dan mangsa akur arahan berkenaan.

Sumber polis berkata, ketika mangsa menyidai pakaian, wanita itu memerhatikan gerak-geri anak saudaranya dan dengan tiba-tiba wanita itu menyatakan mangsa kelihatan segar dan menyoal sama ada dia berpuasa.

“Mangsa yang uzur pada hari berkenaan mengaku tidak berpuasa dan menyatakan akan menggantinya pada hari lain. Jawapan mangsa itu menyebabkan ibu saudaranya naik angin sebelum menamparnya di muka.

“Tindakan kejam wanita itu tidak berhenti begitu saja sebaliknya mangsa ditolak ke tanah sebelum ditendang beberapa kali di bahagian perut hingga wanita itu puas hati,” katanya.

Selepas melihat mangsa sudah lemah, wanita itu meninggalkan mangsa bersendirian dan dengan bantuan jiran yang menyaksikan kejadian itu, mangsa tampil membuat laporan polis di Balai Polis Sungai Way untuk tindakan lanjut.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/60576#sthash.jd7VBzh7.dpuf


EmoticonEmoticon