jobs from my.neuvoo.com

03 Jun, 2015

Gara-gara senyum sambil tunjuk kemaluan

Kuala Lumpur: Gara-gara menunjukkan kemaluannya kepada seorang wanita di tempat awam, seorang buruh dipenjara 14 hari dan denda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Majistret Saifulakmal Said menjatuhi hukuman itu terhadap Mohd Ali Tampil, 22, selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan dengan sengaja menunjukkan kemaluannya kepada pereka grafik berusia 23 tahun, di hadapan Berjaya Times Square, Jalan Imbi, Dang Wangi di sini, pukul 7.40 malam, pada 1 Jun lepas.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh yang berasal dari Sabah itu menjalani hukuman penjara tiga bulan jika gagal membayar denda.

Dia tidak membayar denda tersebut.

Tertuduh yang tidak diwakili didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya.

Menurut fakta kes, pada hari kejadian Mohd Ali mendekati mangsa yang ketika itu berseorangan menunggu sepupunya di pekarangan pusat beli-belah berkenaan dan bertindak menyentuh bahu mangsa tetapi tidak dipedulikannya.

Selepas dia menyentuh bahu mangsa untuk kali kedua, wanita itu toleh ke belakang dan melihat tertuduh senyum sambil menunjukkan kemaluannya.

Mangsa yang terperanjat terus melarikan diri dan orang ramai yang menyedari kejadian itu berjaya menangkap tertuduh.

Ketika rayuan, Mohd Ali memohon hukuman berbentuk denda atas alasan dia mengalami tekanan perasaan di tempat kerja selain menyesal dan memohon mahkamah memberi peluang kedua kepadanya untuk berubah.

Timbalan Pendakwa Raya Raihanah Abd Razak memohon mahkamah mengenakan hukuman penjara dan denda dengan mengambil kira tindakan tertuduh telah menyebabkan mangsa mengalami trauma.

Beliau berkata faktor tekanan perasaan yang dihadapi tertuduh bukan alasan untuk dirinya melakukan kesalahan itu.

"Tertuduh juga telah melakukan kesalahan itu di kawasan awam (Berjaya Times Square) dan tindakan tertuduh boleh menjejaskan imej negara di mata pelancong," katanya.

Sebelum menjatuhi hukuman, Saifulakmal menegaskan mahkamah mengambil kira bahawa tertuduh melakukan kesalahan serius iaitu jenayah seksual.

"Kamu (tertuduh) senyum dan kemudian menunjukkan kemaluan kamu. Tak sepatutnya kamu tunjukkan kemaluan. Dah itu nama pun kemaluan", katanya. BERNAM


EmoticonEmoticon