jobs from my.neuvoo.com

15 Jun, 2015

Isu lurah kemaluan Farah Ann, ini respon Mufti Perak

SUSULAN isu gambar terlajak seksi atlet gimanstik negara, Farah Ann Abdul Hadi yang dimuat naik di laman Facebook TV3 lantas menjadi bahan kritikan masyarakat Islam Malaysia dua hari lalu, ia turut ditegur Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria.
Menurut beliau, hukum menunjukkan aurat kepada bukan muhrim seperti termaktub dalam Al-Quran seharusnya tidak dipandang enteng oleh mana-mana individu Islam.
Kata beliau, isu tersebut sememangnya sudah jelas sejak dahulu lagi dan mereka seharusnya tidak terikut-ikut dengan budaya yang dibawa barat.
Farah Ann
“Gimnastik, bukan untuk wanita Islam, menunjukkan aurat dan bentuk tubuh badan sudah jelas haram hukumnya bagi mereka.
“Jika mahu juga menyertainya, gimnas berkenaan perlu mencari serta memakai pakaian yang menutup aurat dan sekaligus mungkin tidak sesuai dengan sukan berkenaan.
“Memang itu yang seharusnya, bukan sahaja gimnas, ia termasuk sukan lain seperti bola sepak kepada lelaki, sepatutnya seluar melepasi paras lutut,” ujar beliau kepada Astro Awani.
Sebelum ini, isu tersebut turut mencuri perhatian Pakar Psikologi di Jabatan Psikologi Perkembangan Pendidikan dan Kaunseling Universiti Malaya (UM), Prof Madya Dr Mariani Mohd Nor yang meminta supaya masyarakat bersifat adil terhadap atlet berusia 21 tahun itu.
Komennya, tindakan menghentam dan gemar melihat kelemahan pihak lain menjadi fenomena biasa yang berniat untuk sengaja menimbulkan sensasi.
20150612_FARAH_ANN_BULETIN_TV3_SCREENCAP_620_832_100
Ia mula menjadi bualan setelah gambar atlet tersebut yang masih menyarung pakaian ketat ketika bertanding dimuat naik ke laman sosial.
Ramai pihak menghamburkan kutukan kerana Farah Ann tidak peka terhadap keadaan bahagian kemaluannya yang menonjol dan tidak ditutup dengan seluar trek.
Nampaknya, kejayaan Farah Ann mengharumkan nama negara dengan sebutir pingat emas langsung tidak diendahkan, hanya kekhilafannya sahaja yang jelas dilihat dan dibualkan.
Alahai, kasihannya…
– MYNEWSHUB.CC



EmoticonEmoticon