jobs from my.neuvoo.com

20 Jun, 2015

Janda muda 'tewas' di bawah jambatan

BANTING – Seorang pe­­kerja bengkel besi di­dakwa di Mahkamah Majistret Telok Datok di sini semalam atas pertuduhan membunuh janda muda yang juga teman wanitanya penghujung bulan lalu.

Tertuduh, Yuwafee Heidi Hamdan, 26, didakwa melakukan kesalahan tersebut terhadap Normaizatul Nor Jaya, 22, di tepi bawah jambatan Jalan Lombong, Sungai Ja­rum dekat sini pada pukul 4 pagi, 29 Mei lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Ke­seksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati jika disabit ke­salahan.

Bagaimanapun tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh yang hanya me­ngangguk faham selepas pertuduhan terhadapnya itu dibacakan di hadapan Majistret Marsilawati Mohammad Shah.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya K. Sarava­nan.

Mahkamah kemudian menetapkan 23 Julai ini sebagai tarikh sebutan semula kes.

Kosmo! sema­lam me­laporkan, polis menahan se­orang lelaki kel­marin bagi membantu siasatan berhubung kes pembunuhan melibatkan seorang janda muda yang juga teman wani­tanya di tepi Sungai Jarum, Banting dekat sini.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0620&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm#ixzz3dYaoE7cW
Hakcipta terpelihara


EmoticonEmoticon