jobs from my.neuvoo.com

10 Jun, 2015

Jangan heret saya dalam ‘permainan kanak-kanak” PAS-DAP, kata Azmin

Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali meminta parti sekutu mereka DAP dan PAS untuk tidak memaksa beliau mencampuri krisis antara kedua-dua parti itu dengan menyifatkan ia sebagai "permainan kanak-kanak".

Azmin memberikan reaksinya berhubung desakan Pengerusi DAP Selangor Tony Pua semalam yang meminta beliau memilih di antara PAS atau parti sekular itu.

"Saya dah cakap semalam. Jangan paksa saya dalam permainan kanak-kanak, peranan PKR adalah untuk menguatkan Pakatan Rakyat (PR) dan kita mesti penuhi aspirasi rakyat termasuklah dalam Selangor ini," katanya kepada pemberi di lobi Parlimen hari ini.

Ditanya sekali lagi mengenai pendirian beliau mengenai parti yang akan dipilih, Azmin hanya memberi gambaran akan memilih apa yang dikehendaki rakyat.

"Kita pikul amanah rakyat. Saya akan buat pilihan apa yang dipilih oleh rakyat. Itu tanggungjawab saya," katanya.

Desakan Pua semalam, susulan daripada keputusan PAS dalam muktamarnya yang meluluskan usul memutuskan tahaluf siyasi dengan DAP .

Meskipun usul yang dibawa Dewan Ulama itu memutuskan tahaluf siyasi dengan DAP, mereka mengekalkan hubungan dengan PKR dan PR. – 10 Jun, 2015.


EmoticonEmoticon