jobs from my.neuvoo.com

19 Jun, 2015

Lagi YB kantoi tonton video seks dalam parlimen

Hong Kong: Ketika dunia menunggu keputusan perbahasan mengenai usul pembaharuan pilihan raya Hong Kong, seorang anggota Parlimen dilihat langsung tidak memberi perhatian, sebaliknya menghabiskan masa menonton video seksi seorang wanita di atas meja snuker.

Anggota lain secara bergilir-gilir menyuarakan pendapat mereka mengenai usul itu, dari jam 11 pagi hingga 8 malam, kelmarin.

Bagaimanapun, Wong Ting-Kwong dirakam menonton video wanita seksi itu meniarap di atas meja snuker menerusi telefon bimbitnya.

Rakaman itu menunjukkan seorang wanita muda berposing dengan pelbagai gaya seksi di atas meja itu.

Wong dikatakan leka menonton video berjudul ‘Sexy Pool Trick Shots in Germany’ sehingga telefon bimbitnya kehabisan bateri dan terpaksa meminjam pengecas telefon bimbit daripada anggota Parlimen yang duduk di sebelahnya.

Ini bukan kali pertama Wong dirakam tidak memberi perhatian. Pada Mei 2012, dia menjadi tajuk utama akhbar apabila dirakam tidur ketika perbahasan.

Seorang lagi anggota Parlimen Albert Ho, turut dirakam membelek gambar seksi model Jepun dalam iPad miliknya ketika menghadiri persidangan tahun lalu. - Agensi

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/58755#sthash.xPCqIqiw.dpuf


EmoticonEmoticon