jobs from my.neuvoo.com

09 Jun, 2015

Pakai sopan, PAS kritik tindakan JPJ beri wanita pakai sarong

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menjadi sasaran Ahli Parlimen Kota Bahru Datuk Takiyuddin Hassan hari ini kerana meminta seorang pelanggan memakai kain sarung - atau tidak mendapat perkhidmatannya.

Takiyuddin yang juga penolong setiausaha agung PAS, berkata di Parlimen bahawa tindakan itu adalah keterlaluan.

"Di Kelantan, kita tidak beri wanita kain sarong untuk dipakai," katanya, merujuk kepada orang ramai yang datang berurusan di majlis- majlis tempatan di negeri itu.

Katanya, kod pakaian diamalkan oleh pihak berkuasa tempatan hanyalah untuk 'menggalakkan' wanita Islam menutup aurat mereka, manakala wanita bukan Islam diminta berpakaian sopan mengikut standard mereka.
Takiyuddin merujuk kepada catatan di Facebook di mana seorang warga siber, Suzanne GL Tan mendakwa dia diminta memakai kain sarung untuk menutup skirt pendek yang dipakainya.

Dia diminta berbuat demikian ketika pergi ke pejabat JPJ untuk urusan menukar pemilikan keretanya.

Dia tidak menyatakan dalam catatanya di mana pejabat JPJ itu.


EmoticonEmoticon